HomeHome  PortalPortal  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  

Share | 
 

 Prison Break akan ditamatkan

Go down 
AuthorMessage
sb189119
Kumpulan MOD
Kumpulan MOD
avatar

Number of posts : 85
Age : 34
Registration date : 15/12/2008

PostSubject: Prison Break akan ditamatkan   Thu Jan 15, 2009 9:20 am

UNIVERSAL CITY, California 14 Jan. - Syarikat penyiaran, Fox TV tidak mempunyai pilihan terpaksa menamatkan siaran drama bersiri popular di Amerika Syarikat, Prison Break, selepas drama itu disiarkan selama empat musim.

Rangkaian televisyen itu, semalam berkata, drama tersebut yang dibintangi oleh Wentworth Miller dan Dominic Purcell akan memulakan siaran episod terakhirnya pada musim bunga ini.

Siri itu diberhentikan siarannya seketika pada musim Disember dan akan ditamatkan sebaik-baik episod terakhir disambung semula dengan kira-kira setengah dozen episod ditayangkan bermula 17 April ini.

more...

Ia merupakan keputusan yang baik untuk Prison Break dan juga peminat-peminatnya, kata Presiden Fox Entertainment, Kevin Reilly.

Drama itu mengisahkan aksi suspen dua beradik yang menjadi banduan dan 'pengembaraan' kedua-dua beradik itu untuk menyelamatkan diri selepas diburu pihak berkuasa setelah berjaya melepaskan diri dari penjara.

Episod terakhir dijangka memaparkan penceritaan yang lebih menarik, lapor rangkaian penyiaran, Fox.

Dalam siri musim keempat ia mengisahkan Micheal Scofield (Wentworth Miller) bersama abang dan rakan-rakannya berusaha membongkar komplot sebuah kumpulan The Company yang menjadi perancang pembunuhan adik kepada Naib Presiden Amerika Syarikat yang menyebabkan mereka merengkok di dalam penjara.

Drama siri popular itu pernah dicalonkan dan memenangi beberapa anugerah seperti Golden Globe Awards Ke-63 (2006) bagi Drama Televisyen Bersiri Terbaik dan Aktor Terbaik (Wentworth Miller), Saturn Awards (2005) dan People's Choice Award (2005) bagi Drama Televisyen Terbaru Pilihan.

- AP

sumber : utusan malaysia


credit to jiwang.org
Back to top Go down
View user profile http://sb189119.blogspot.com
 
Prison Break akan ditamatkan
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: OTHERS :: Sembang-Sembang-
Jump to: